Khamis, 2 Februari 2017

Trip ke Pulau Pangkor: Bajet Bawah RM200 untuk 2H1M

hahaha lama sungguh terkandas cerita untuk blog ni. al kununnya nak standby bagi mereka yang akan plan bercuti untuk Chinese New Year ni la tapi takpe la. at least akan afzan coret juga sebagai info tips penting untuk rujukan.

masa dapat tahu date KONVO paksu fawwaz... waktu tu musim hujan. bulan 10, 2016. rata2 semua tempat air naik tapi biasa la. afzan ni kaki travel kan haha.. ku gigihkan juga untuk jayakan misi bercuti 1 famili.

apa yang afzan buat?


oh bukan ni tau.. ni checklist personal kami hehe



tips no. 1
CEK RAMALAN CUACA


walaupun hanya ramalan tapi ianya sangatlah membantu bagi kita yang planning percutian ni. tambah2 bawa anak kecil & mereka yang dah berumur. so boleh standby 1st aid kit, baju sejuk, blanket etc. 

bab ni juga penting sebab bagi yakinkan ahli keluarga @ team travel korang. macam afzan yakinkan kakak ipar & mak hehe. adat jadi orang perempuan kan. emosi kerisauan tu lebih tinggi. tu sebab la afzan amalkan vitamin B Complex shaklee eh kihkih.


tips no. 2
SURVEY HOTEL


bagi trip kali ni, kami plan sebenarnya untuk 8 orang dewasa, 2 kanak-kanak & 2 babies tapi apakan daya... ada seorang tu terpaksa tarik diri. al maklum la, kerja melibatkan orang awam, nyawa & negara. ececewah.

so still nak terbaik, jadi afzan survey review & harga untuk hotel yang "friendly FAMILY & babies". hasil google & search, kami pilih pakej dari Groupon untuk 2 apartment dari Pangkor Coral Bay Resort.

masa baca review tu ada dari blog2 dan ada juga dari FB hotel tu sendiri.


sumber google: pool untuk kanak-kanak pun ada


bab harga pula, time tu promosi JIMAT RM581.00 untuk 2 apartment. harga asal 1 apartment tu RM458.00... so grab the chance la. hotel plak siap ada pool kan. lagi suka la kami. senang untuk layan budak2 ni nanti. ok.. bab hotel nanti kita cerita lain ya.


tips no. 3
SURVEY MAKAN


ni sangat la wajibul ghunnah. kena ambil tahu tempat makan, senang ke susah nak dapat & harga juga. afzan ni untung sebab abah dah bekalkan "pisang" untuk kudapan kami haha. pisang bagus tau untuk cover tenaga masa dalam travel ni.

ok petang kami sampai tu, afzan salah faham sikit. ingat TEA-TIME yang hotel sediakan tu complete with makan petang. sekali hanya WELCOME DRINK ONLY.

so keluar terus dari hotel & cover makan petang plus lunch dekat TELUK NIPAH. dah alang2 lepak sampai lewat petang, so cover juga perut untuk makan malam terus sebab mak abah time tu dah penat.


lepas makan, layan berendam plak


moralnya... sepatut sebelum kami sampai ke pulau tu, kami dah lunch dulu kat tanah besar. tapi sebab masing2 excited cuaca cantik & ingat kat kolam, maka terjadilah kenangan di atas nun hehe. takpe la, pengalaman TAPI info berguna juga untuk korang kan.

time malam tu, famili abang afzan je yang keluar pergi dinner. kami yang lain2 semua dah flat layan keselesaan bilik je. famili abang afzan just dinner kat GERAI DEPAN HOTEL. transport - jalan kaki. menu makan standard kedai tomyam la cuma yang kurang selesa banyak nyamuk. nak selamat, sebelum pergi makan tu sapu la 1 badan dengan herbal blend ya. confirm aman je badan, makan pun kenyang hehe.

breakfast part paling best. kami ambil pakej dari hotel je.

Breakfast @ RM21.20 / adult  
RM12.70 / child

tapi untuk 2 kanak-kanak tu kami dapat FREE je . makanan sangat mewah. standard buffet. ada nasi lemak, bihun sup, bubur moi, kuih muih etc. 

afzan macam biasa la, makan bertambah dan balik dari makan, alas pula dengan ESP sebab travel dengan budak kecil. mama sangat234 la perlukan extra energy & perut pun kena selesa.

untuk cari makanan kering yang glamor dalam area pangkor ni, kami ada beli kat kilang masa round island. dan sangat234 la berbaloi beli di kilang ni berbanding di PEKAN PANGKOR sebab harga jauh beza. untuk beli souvenir @ t-shirt ok la di pekan Pangkor tu.


tips no. 4
TRANSPORTATION

semua sedia maklumkan, masuk pangkor kena naik feri & dalam kawasan pulau pun kena naik teksi (van) atau sewa motor je.

jadi afzan mula survey parking dulu kat JETI MARINA. pilih jeti ni sebab perjalanan dari jeti nak ke pulau hanya amibil masa 10 MINIT je. so tak runsing fikir nak sediakan beg plastik bagi siapa yang mabuk laut tu. eh tak sempat la nak pening hehe. jangan risau.


cuaca sangat cantik. view kat Marina pun cantik


so costing parking hanya RM40 untuk 2 kereta.

Tiket feri - RM10 / adult
RM5 / child

masa sampai di pulau, memang banyak dah pemandu2 teksi ni menunggu. kami dapat 1 teksi pakcik ni. just inform kata nak pergi hotel mana je, sampai depan entrance pakcik tu siap tolong angkat beg hehe.

harga teksi pakcik ni paling murah. dia cas kitorang hanya RM10 je. tapi sayang tak ambik no hp pakcik tu. kalau tak, boleh share dengan korang.

lepas tu kami ambil teksi kat area hotel je untuk pergi makan petang. pergi balik kena RM40. ada info dari blogger lain, dorang dapat RM30 je... so kalau pandai bodek boleh la tapi macam kami ni sebab fikir time kami bercuti ni bukan time cuti sekolah @ perayaan kan. so apa salahnya ikhlas pejam mata je untuk mereka.

untuk last day nak ke jeti, kami ambil sekali dengan pakej ROUND ISLAND. kiranya checkout terus dari hotel then naik teksi pusing 1 pangkor. naik turun bukit, masuk cerok sana sini.. dan terus dihantar sampai jeti kena la cas RM70 je.



so hasil main kira2 dari cuti bajet untuk FAMILY kami: 7 dewasa, 2 kanak-kanak

hotel - RM 335
parking - RM 40
feri - RM 80
teksi - RM 50
round island - RM 70
makan - RM180

total - RM 755.00 sahaja

ni tak termasuk transportation persendirian kami sebab ada yang gerak dari Shah Alam & ada gerak dari Taiping. tu korang boleh kira sendiri kan. minyak negara kita pun harga tak stabil setiap bulan huhu.

ok... moga entri ni bermanfaat untuk korang ya. serius, best sangat pergi Pangkor dengan family. haa korang boleh try klik sini untuk tahu kenapa Pangkor. siap abah & mak kami dok sebut2 je lepas spend quality time bersama hehe.

yes, mission accomplished.

oh ya, nak order produk2 shaklee boleh la roger afzan ya. berbaloi beb bawa pergi travel ni. oh... siapa beli set travel shaklee dengan afzan harus la dapat SPECIAL FREE GIFT yang super duper membantu korang dalam sesi packing barang tau.




salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782


afzan6r@gmail.com

1 ulasan: