Jumaat, 7 Julai 2017

Apa Itu Usus Bocor a.k.a Leaky Gut?

Apa??? Antibiotik dan stress boleh bunuh bakteria baik dalam usus?

Kisah ni sebenarnya afzan tahu bila makin menggali pasal ekzema.

Ekzema ni bukan la sakit kulit seperti yang kita nampak. Sakit ini berkaitan dengan sistem imun badan. 80% sistem imun badan adalah dari perut, usus.

Maksudnya, pesakit ekzema ada masalah berkaitan dengan usus.

Ini 1 bahagian dari cabang-cabang berkenaan dengan ekzema, alergik dan seangkatannya. Afzan ulas mengikut kefahaman bahasa mudah kita. Agak kalau tersasul terlari maksud, mohon tegur dan tolong betulkan ya. Boleh beri manfaat kepada yang lain.


USUS BOCOR, BAIKI USUS





Dalam perut kita ni kena ada 1 keseimbangan. Flora Usus. Ibarat macam flora dan fauna gittew. Ada bakteria baik, bakteria jahat, fungal, virus dan macam-macam lagi. Macam ada 1 kehidupan lain la dalam perut kita ni.

Probiotik; bakteria baik, dia ni seolah-olah jadi polis. Jaga keamanan dalam perut kita.

Tapi probiotik boleh berkurangan dan mati disebabkan antibiotik ataupun stress. Masa ni kerajaan akan masalah. Ada orang yang akan take over dan buat kucar-kacir. Koloni bakteria jahat la.

Tuan badan akan mula ketagih nak benda manis, processed food dan lemak-lemak tenusu. Nah! Sengaja tak sengaja dah bagi makan kepada "penjahat". 

Pernah makan perut lembu? Tengok macam mana tekstur perut tu? Macam karpet kan. Macam tu juga perut kita. "Penjahat" makin berkuasa dan melebihi dari yang lain sehingga dia tembus dinding perut kita.






Terlepas la masuk ke salur darah. Toksik, zat-zat yang belum dicerna dengan betul. Makin huru-hara keadaan. Sistem imun pun pening nak kawal, nak lawan bakteria dan toksik dah merata-rata. Tak dapat beza mana kawan, mana lawan.

"Keradangan" mula berlaku.
  
Penting jaga "kehidupan" dalam perut kita supaya mereka harmoni. Bukan setakat ekzema, emosi pun boleh dipengaruhi.


Nak mencuba supplemen untuk ekzema, alergi anda? Boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.






Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan