Dah 2 hari hujan waktu petang kat KL ni. Perut dah mula berbunyi minta diisi walaupun tengahari tadi melantak sepenuh hati.
Ecewah macam tulis novel plak kita.
Join diet bebas gluten ni buat kita jadi kreatif tau. Nasi sejuk pun boleh buat jadi cekodok. Makan 3-4 ketul dah kenyang hehe. Lepas tu yang baki anak-anak la makan. Mana la tak orang kata badan mama macam atlit ye tak.
Makan banyak pun badan tetap selim.
Nak buat cekodok ni tak ambil masa yang lama pun sebab bahan-bahan boleh kisar je dengan blender.

Bahan-bahan
*2 senduk nasi
*2 biji telur
2 sb tepung kentang
2 sb serbuk kari (nak spicy boleh letak lebih dan tambah serbuk cili)
Isi ayam / ayam cincang (option)
Parutan carrot
Bawang
Garam
*Sikit air
Cara Penyediaan
1. Bahan yang ada tanda * masukkan ke dalam blend dan kisar sampai gebu halus.
2. Bahan-bahan kering pula gaul sekata dalam 1 mangkuk.
3. Tuangkan bahan yang dah dikisar ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
4. Panaskan minyak.
5. Bentukkan bulat-bulat dan goreng dalam minyak panas.
6. Tos minyak. Siap unk dihidang. Makan dengan sos pun sodap.
Bagi yang kurang clear kenapa sekarang trending makanan bebas gluten, boleh la tambah pengetahuan di sini.
Salam Cantik dan Mesra
afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY
www.wasap.my/60195225782
afzan6r@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan