Jumaat, 30 Mac 2018

Saat Magika Bersama TWB








Serius... Kalau bukan sebab tajuk ni, mesti afzan tak nampak apa yang MAGIK projek spa TWB dah buat pada diri ni.



Eh korang tahu ke apa TWB ni. If ada sesiapa yang belum familiar dengan TWB, meh afzan terangkan secara ringkas.


TWB atau nama dalam IC dia "The Walking Beauty". Merupakan projek spa bagi membantu wanita yang berminat untuk jana pendapatan dalam bidang kecantikan melalui cabang bisnes.


Projek Spa ini tunjuk jalan bagaimana setiap wanita boleh ada Spa Atas Nama Sendiri dengan kos RM yang minima. Haa macam mana semua tu? Korang boleh klik sini untuk tahu lebih details.


Sebab dalam entri kali ni afzan nak cerita bab lain. Kita nak cerita apa magik yang telah TWB buat untuk diri afzan ni.


Banyak sangat sebenarnya perkara magik berlaku sepanjang terjebak dengan TWB. Sebab afzan dulu masa bujang asalnya seorang yang workaholic.


Memang 24 jam hal kerja je dalam kepala. Pernah 2 hari kerja tanpa henti. Tidur 2 jam je kut masa tu kat opis. Sampai hujung minggu ada cuti pun sanggup nak kerja.




Beg merah tu la jadi "boyfriend"
siang malam bila keluar 


Betapa nak ceritanya sejenis yang gigih bekerja. Zaman bujang, ok la kan. Bila dah berkahwin dan dapat anak, mula dilema hehe.




Walau dapat job urgent,
sempat bergambar dengan artis

Oh ya, afzan & Mr.H (suami) selepas kahwin, setahun la juga jarak jauh. Seorang di Penang, seorang lagi kat KL. Masa tu jujurnya kos meningkat walaupun 2-2 bekerja. Sebabnya suami banyak travel datang ke afzan.


Jadinya kami banyak stay kat Hotel. Tahu jela kalau stay hujung minggu kat hotel macam mana kos dia kan. Belum kira makan kat luar lagi.  So dalam berpantang anak 1st, decide minta berhenti walaupun berat hati.


Tapi sebelum berhenti ni afzan dah standby dalam akaun simpanan 5 angka. Bukan sikit tau. Kalau RM200 sebulan, ambil masa 8 tahun setengah la juga. Dengar macam banyak kan tapi tahu tak dalam masa 2 tahun, 5 angka ni cepat susut jadi 4 angka.


Yela, duduk rumah tanpa buat apa-apa. Duit still guna bayar hutang belajar, hutang kereta dan itu ini. Hutang afzan sendiri kan. So memang kewajipan afzan la. Afzan pun ada ego. Takkan nak minta Mr.H bayarkan.


Bulan 11, 2014... bermula afzan mencari lubang-lubang untuk bisnes. Tapi haruslah bisnes yang flexible & friendly mama.



Masa tu baby sulung afzan, cik kasih belum umur 1 tahun. Memang berat hati nak tinggalkan dia. Lagipun kat social media banyak dah buktikan ramai yang boleh bekerja dari rumah. Tak kira la kerja menjahit ke, buat jual2 produk ke ataupun mengasuh anak orang. Kira ada la pendapatan untuk sara diri sendiri.


Jadi afzan fikir sebaik2nya bermula dengan bisnes kos paling rendah atau zero kos. So afzan jadi dropship pakaian fesyen & budak-budak.


Buat lebih setahun juga. Income? Honestly, berpeluh tahap lari 400 meter la nak dapat 1-2 angka pun. Belum lagi kecewa bila customer dah konfem, supplier plak takde stok atau saiz habis.


Standard berjual barang orang kan. Barang takde di tangan. So afzan nampak banyak juga buang masa.


Afzan start berjinak dengan bakery dan menjahit pula. Memang dapat support best dari Mr.H. Siap dia beli loyang, perkakas kek biskut semua dan juga mesin jahit.



Terus craving hahaha




Cak... apakah saya? Hehe tuan tangan
keras kejung gigih menyembat



Tapi ok la. Afzan dan Mr.H memang suka dessert, kek, biskut ni. Pernah ambil order hari raya dan makan2 juga. Penat dia... dengan berperang dengan cik kasih lagi semua... Sakit juga.


Nak jadi kisah, masa scroll kat fb lalu post pasal mobile spa. Terus afzan rasa ni bisnes paling suite dengan afzan.



Sebab afzan memang kaki spa.
Pastu buat spa ni, 1-2 jam sehari pun ok dah.
Boleh ada banyak masa dengan famili.
Masa pun kita boleh urus sendiri.


Alhamdulillah, tak salah percaturan. Sekarang genap 2 tahun afzan dengan TWB.


Walaupun kerja dari rumah, tapi afzan dapat feel sama macam afzan kerja dulu. Apa yang afzan nak beli untuk diri sendiri, tak perlu tunggu duit Mr.H. Siap boleh belanja famili kecil afzan juga la.




Saat aktif ambil klien. Sekarang ada juga ambil
tapi lebih pada train beautician baru


Nak pergi jalan2 oversea pun boleh setiap tahun. Sebab TWB ada annual trip tau. Tahun lepas afzan dapat pergi ke Maldives pakai duit hasil dari projek spa wokeh. 


Dua tahun sebelum tu TWB dah buat trip ke Perth (2015) dan juga Melbourne (2016). Tahun ni plak kami akan pergi ke Paris. 











Baru-baru ni plak TWB buat Pre-Party Youth kat Avani Sepang Gold Coast Resort. Ya Allah ni seolah-olah macam trip dalam negara. Ukhwah antara kami makin rapat. Projek spa tapi kami dapat lebih daripada apa yang disangka-sangka.













Tahun lepas, afzan diuji sakit tak boleh untuk run bisnes spa. Nasib ada banyak penjuru lain yang bantu ekonomi afzan. Eh bukan buat bisnes lain tau. Masih spa TWB. Dan ini terbukti dan afzan akan ajar pada mereka yang jalani training dengan afzan, bagaimana tanpa ada klien spa pun income boleh masuk & dapat.


Paling menyentuh dalam hidup afzan. Asbab TWB ini juga lah, amalan rohani afzan berubah banyak. Kalau dulu tak pernah daya untuk dhuha tapi sekarang kalau tertinggal rasa bersalahnya.


Kalau dulu terbangun dari lena boleh tidur balik. Tapi sekarang menyesalnya tak manfaatkan masa yang diberi untuk tahajud. Even dalam amalan menderma. 


Afzan ingat 1 sahaja pesan dari mereka yang dah berjaya,



"When Allah Blesses U Financially, 
Dont Raise Your Standards of Living. 
But Raise Your Standards of Giving"


Siapa kata bekerja dari rumah tak boleh nak merasa seperti mereka yang kerja makan gaji. Bukan untuk riak atau bangga. Dengan TWB syukur ada jalan untuk kita sebenarnya. 


Nak atau tak. Berani atau tidak. 
Ini juga 1 hijrah. 1 perubahan. Dan afzan masih lagi banyak belajar untuk jadi lebih dan lebih lagi. Sebab nikmat Allah itu besar. Dia tak memilih hambaNya tapi kita yang memilih untuk hidup yang bagaimana. Dunia ini "alat" untuk kita di "sana" nanti.


Makin meriah lagi bila ahli TWB pun makin bertambah sekarang. Makin ramai mula merasa mudah buat duit hari-hari walaupun hanya sebagai kerja sambilan, part time. So ini proven results. TWB bukan untuk afzan seorang, tapi layak untuk semua.


Nak tahu cara?
Nak tahu bagaimana?
Nak tahu lebih details?


Boleh hubungi je afzan wokeh. Tekan link di no telefon di bawah.


Pakej terkini sangat2 best. Belajar 7 courses dengan lengkap barangan, peralatan untuk anda terus run bisnes Home Mobile Spa selepas habis kursus & training. 






afzan noor
Pengusaha & Pemilik  ATB Spa





afzan6r@gmail.com

10 ulasan:

  1. Bestnye k.afzan... Terasa smpai ke hati.. Semoge k.afzan terus maju dgn twb.. Zaty pon nak juga.. Jom pimpin tgn kite. ๐Ÿ˜

    Klu sudi followlah sy..huu

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan untuk terus mambantu orang lain kak afzan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaa help others achieve their dreams & we will achieve ours

      Padam